Isnin, 21 Januari 2019

KEJAYAAN LUARBIASA 2018

Haji ingin membuat catatan beberapa kejayaan luar biasa anak-anak permata hati haji dan hajjah. Kejayaan ini hasil dorongan dan perhatian penuh kami berdua di samping solat hajat berpuasa sunat dan berdoa ke hadrat Ilahi. Haji seringkali ambil masa 10 minit untuk solat Dhuha.

Anak ketiga kami Mohd Asyrafuddin bin Hanafi pada kesekian kalinya telah mengharumkan nama Ayah Bondanya dengan mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2018. dan alhamdulillah cita-citanya untuk mengambil jurusan Perakaunan telah dimakbulkan Allah.

Anak haji dan hajjah telah memohon Diploma Perakaunan di UiTM dan telah ditempatkan ke UiTM Dungun Kuala Terengganu. Oleh kerana Staff UiTM mempunyai beberapa kemudahan seperti bertukar kampus untuk anak-anak, maka haji dan hajjah telah menggunakan kemudahan itu serta memilih kampus Lendu Alor Gajah sebagai tempat anakanda Asyraff menekuni Bidang Perakaunannya. Semoga beliau berjaya dalam Dip Perakaunan , B.A. Perakaunan dan ACCAnya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan