Selasa, 26 Mei 2020

COVID19 PKP &PKPB 2020

Catatan untuk rujukan  Normal Baharu Covid19:

Tahun 2020 adalah merupakan tahun new normal / Normal baharu. Pada awalnya abang haji dan hajah melihatkan situasinya abnormal, kerana timbul kekalutan sana dan sini. Tetapi Media dan Ketua Pengarah Kesihatan waktu tersebut DG Datuk Dr NorHisham Abdullah ( Alumnus UKM dan KISAS) serta Perdana Menteri Abah Tan sri Muhyiddin Yassin, dengan selambanya menyebut New Normal,dan kebanyakan menteri juga mula menyebarkan budaya New Normal terutama sekali TV Astro Awani dan menteri kanan keselamatan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob,  maka keadaan pun terkawal dan bermulalah era PKP atau Perintah kawalan Pergerakan,PKP bermula dengan larangan perintah berkurung di rumah sahaja tanpa dibenarkan keluar merayau-rayau. Hari Raya Aidil Fitri  Tahun 2020 kali ini yang jatuh pada 24 Mei 2020 bersamaan hari ahad diperkenalkan pula dengan PKPD iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Haji dan Hajah pun menghubungi ibu masing2 dan kaum kerabat menggunakan Video Call dan bermaafan pun melalui Video Call. Maka situasi diketika ini kami berkurung dalam rumah dan menghubungi sanak saudara hanya melalui hubungan Maya atau online yang disediakan oleh google dengan hand phone cap ikan sardin Android samsung.


Kami sepakat mengenakan pakaian Normal Baharu kami "Batik Jawa"  kerana cikal bakal moyang kami yang berasal dari JATENG kendal, dan gelar kami dari keluarga Ningrat Ningsun Ini sebagai kenangan selama lebih kurang 29 hari + 14 =  43 hari PKP 1 ,2 dan 3 manakala PKPB sehinga catatan ini ditulis  telah masuk 15 hari bermula : entahlah haji pun dah lupa..nanti haji update lah tarikh2 tu klau ada masa ya.....


Ningrat Di Tanah Melayu



Suasana Ketika Video Call bersama2 Ibu Mertuaku di Simpang lima Baroh dan Emakku di bukit Mahkota


Ningrat yang Ragil



Khamis, 13 Februari 2020

Chambering "kamar beradu Kata"

Ini anak lanang haji yang No 2, berjanggut dan berjambang, baharu habis UiTM Law, LL.B (Hons)....Haji syukur ke hadrat Allah dikurniakan beliau, anak yang suka bercucuk tanam di halaman rumah haji dan amat sayang dengan bunga-bunganya (kihkih dalam hati ada taman rupanya)...sekarang akan chambering...(Chamber ikut kamus Oxforf dirujuk sebagai Bilik atau Kamar bicara) mohon doa kawan2 agar beliau jadi  peguam yang baik bukan jadi si loyar buruk teww....siapa? sulaiman akhlaken...







Selasa, 28 Januari 2020


Sahlah sudah sampai ke sini dengan anak lanang seng ragil... jari itu tanda peace yoo bukan suruh ayah tambah lagi satu  gambar






Isnin, 6 Januari 2020

Alhamdulillah masih lagi diberi izin untuk menghirup udara segar tahun 2020.



Rabu, 21 Ogos 2019

Orang Lama di Rumah Baharu


5 Jun 2019 (RABU)

Alhamdulillah Haji dan Hajjah diizinkan Allah Beraya Aidilfitri di Rumah Baharu ni....saudara mara adik beradik pun ada datang ziarah.




ni anak no 3 yang ferasan nak jadi model teww..amvoii mcm. jemput masuk hotel gitteww...


Ahad, 14 April 2019

New Appearance before Puasa Ramadhan 6 Mei 2019


I told you before haji dan hajjah bila buat projek bukan main-main taww...dan no jelous2 to haji dan hajjah because inilah hasil titik peluh kita orang berjimat sakan hingga planning to hollywood, round the Europe and honeymoon at Osaka Japan semuanya ditangguh..anak2 merengek kenapa tak gi makan hangin....haji dan hajah tetap bersabar hingga inilah saat ketikanya....Nanti ramadhan insyaAllah haji dan hajjah nginap di sini lah tewww.....akan ada gambar baharu...hihihi..nantikan ya.. Jangan takbur dan riyakk kan..apa kita sebut bila dapat nikmat kawan2 ?.....Alhamdulillah


Ini baru sisi nya....


Hall 1..ada lagi 2 Hall lum tunjuk..


Zasss...impian kami berdua...

Isnin, 21 Januari 2019

EMBUN MENITIK DI HATI NAN DAMAI

Alhamdulillah projek renovate rumah haji dan hajjah progressnya cukup membanggakan...sebaik embun menitik di pagi hari Haji dan Hajjah berlari-larian melihat progres projek kami...