Selasa, 26 Mei 2020

COVID19 PKP &PKPB 2020

Catatan untuk rujukan  Normal Baharu Covid19:

Tahun 2020 adalah merupakan tahun new normal / Normal baharu. Pada awalnya abang haji dan hajah melihatkan situasinya abnormal, kerana timbul kekalutan sana dan sini. Tetapi Media dan Ketua Pengarah Kesihatan waktu tersebut DG Datuk Dr NorHisham Abdullah ( Alumnus UKM dan KISAS) serta Perdana Menteri Abah Tan sri Muhyiddin Yassin, dengan selambanya menyebut New Normal,dan kebanyakan menteri juga mula menyebarkan budaya New Normal terutama sekali TV Astro Awani dan menteri kanan keselamatan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob,  maka keadaan pun terkawal dan bermulalah era PKP atau Perintah kawalan Pergerakan,PKP bermula dengan larangan perintah berkurung di rumah sahaja tanpa dibenarkan keluar merayau-rayau. Hari Raya Aidil Fitri  Tahun 2020 kali ini yang jatuh pada 24 Mei 2020 bersamaan hari ahad diperkenalkan pula dengan PKPD iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Haji dan Hajah pun menghubungi ibu masing2 dan kaum kerabat menggunakan Video Call dan bermaafan pun melalui Video Call. Maka situasi diketika ini kami berkurung dalam rumah dan menghubungi sanak saudara hanya melalui hubungan Maya atau online yang disediakan oleh google dengan hand phone cap ikan sardin Android samsung.


Kami sepakat mengenakan pakaian Normal Baharu kami "Batik Jawa"  kerana cikal bakal moyang kami yang berasal dari JATENG kendal, dan gelar kami dari keluarga Ningrat Ningsun Ini sebagai kenangan selama lebih kurang 29 hari + 14 =  43 hari PKP 1 ,2 dan 3 manakala PKPB sehinga catatan ini ditulis  telah masuk 15 hari bermula : entahlah haji pun dah lupa..nanti haji update lah tarikh2 tu klau ada masa ya.....


Ningrat Di Tanah Melayu



Suasana Ketika Video Call bersama2 Ibu Mertuaku di Simpang lima Baroh dan Emakku di bukit Mahkota


Ningrat yang Ragil