Rabu, 30 Mei 2018

Bila di sini 3

Bersemayam?



Haji & Hajah bersemayam di sini 3 bersama-sama anak2 yang comel dan gedhi itu. Sudah 17 tahun juga di sini bersemayam. dari hutan lalang haji tebas, trim kasi cantik dan seterusnya di sinilah haji terjumpa peti emas  Tin Milo guna membesarkan anak-anak ketika itu. berdikit-dikit kata orang tua.


Haji Suka Hujan




Keluraga Haji & hajah 


Ningrat Ningsun


Geng Taman Haji Masjid Al-Huda


Rabu, 16 Mei 2018

Ramadhan kembali lagi 2018M/1439H


Bila puasa mesti ada tamar(kurma) kan..

Kalau tak ada kurma (tamar)  tetap kena puasa kan ?. Bukannya tidak ada kurma (tamar) kita jadi tidak wajib puasa. Salam Ramadhan 2018M/ 1439H



Sabtu, 12 Mei 2018

Bila di sini 2..

Tanam Apa?

Haji & Hajah bercadang mahu menanam pokok-pokok buah-buahan sahaja di sini 2. Ikut kesesuaian tanah tanihnya di sini 2 sesuai di tanam apple, anggur, delima, zaitun, pisang khaki, mangga, cempedak, sukun, kelapa, durian belanda, gajus, mata kucing, bidara dan tidaklah di sini 2 sesuai di tanam Durian dan langsat. Pokok yang sedia ada ialah Kelapa sawit. Haji & hajah perlu mengkaji dan membuat kajian tanaman apa yang bakal ditanam nanti. Insyallah ini projek manifesto 2019.






Isnin, 7 Mei 2018

Bila di sini 1...


TUMPANG TUAH KESOGEHAN HAK MILIK ISTERI BERSAMA


Saat-saat yang wong sogeh dan isteri merasa amat gembira sekali bila berada di sini. Hampir setiap kali  di sini Haji & Hajah akan duduk di jendela tempat kegemaran  bersantai



Anak lanang yang setia menemani Haji dan Hajjah



Di penghujung jalan itulah Bukit yang kekadang berkabus di puncaknya


Saat memerhatikannya...tiada langsung perasaan keluh kesah,dengki fitnah memfitnah, bodek, bahkan yang terbit ialah perasaan bahagia,seronok, teruja dan damai sekali, Haji memperakukan betapa sogehnya alam ciptaan Allah ini, betapa Pemberi Rezeki ArRazaq tidak lokek ketika ini meminjamkan kesogehan rezekiNya kepada alam dan manusia. Makin bersemangat Haji & Hajah untuk mengumpul kesogehan rahmat-Nya itu sebanyak-banyaknya. Kekadang dalam hati memberontak dengan harapan  mahu segera bermukim di sini. 

Saat hujan turun umpama mutiara jatuh bertaburan di laman













Malaysia Tanah Airku..sekurang2nya haji & hajjah nak buat swimming pool 2019