Isnin, 21 Januari 2019

EMBUN MENITIK DI HATI NAN DAMAI

Alhamdulillah projek renovate rumah haji dan hajjah progressnya cukup membanggakan...sebaik embun menitik di pagi hari Haji dan Hajjah berlari-larian melihat progres projek kami...




KEJAYAAN LUARBIASA 2018

Haji ingin membuat catatan beberapa kejayaan luar biasa anak-anak permata hati haji dan hajjah. Kejayaan ini hasil dorongan dan perhatian penuh kami berdua di samping solat hajat berpuasa sunat dan berdoa ke hadrat Ilahi. Haji seringkali ambil masa 10 minit untuk solat Dhuha.

Anak ketiga kami Mohd Asyrafuddin bin Hanafi pada kesekian kalinya telah mengharumkan nama Ayah Bondanya dengan mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2018. dan alhamdulillah cita-citanya untuk mengambil jurusan Perakaunan telah dimakbulkan Allah.

Anak haji dan hajjah telah memohon Diploma Perakaunan di UiTM dan telah ditempatkan ke UiTM Dungun Kuala Terengganu. Oleh kerana Staff UiTM mempunyai beberapa kemudahan seperti bertukar kampus untuk anak-anak, maka haji dan hajjah telah menggunakan kemudahan itu serta memilih kampus Lendu Alor Gajah sebagai tempat anakanda Asyraff menekuni Bidang Perakaunannya. Semoga beliau berjaya dalam Dip Perakaunan , B.A. Perakaunan dan ACCAnya.






Selasa, 15 Januari 2019

TAHUN BAHARU 2019 REZEKI ALLAH DIRAIKAN

Alhamdulillah haji dan hajjah telahpun mula renovate rumah yang bakal haji dan hajjah akan duduki bersama anak lanang yang bongsu itu bermula tahun 2019 ini....projek raksasa ini melibatkan dengan meluaskan Dua Hall untuk keluarga yang dikasihi, luaskan Dapur, tambahan 1 bilik tamu untuk isteri seorang lagi  dan dua tandas. Projek renovation ini diserahkan kepada bekas abang besar PERMAS Yazit Bardan Construction (Persatuan Mahasiswa Anak Selangor) zaman 80-an dulu yang sentimental jiwanya tetapi mata duitan ...moga perpindahan kami nanti menambah luaskan kesogehan kami anak beranak baik kesogehan dunia dan tentunya kesogehan akhirat...aminn...

1. Mula Projek semasa salji mula turun..huhu sejukk gitew : 21 Dis 2018 : sudah bayar 10K
2. Fasa ke dua 23 Dis 2018 : sudah hangus RM10K
3. 25 Dis 2018 Salji turun, tetapi projek nampaknya berterusan.
3. Fasa ke ketiga 15 Jan 2019 : sudah makan asap RM 20 K diserahkan

di bawah sessi gambarann....