Khamis, 3 Mei 2018
TRAVELOG HAJI 2017 - 2,3,4 SEPT - MELONTAR KALI KE 2,3 DAN 4 (11,12 DAN 13 ZULHIJJAH) (hari-hari Tasyriq)
Apa yang kami lakukan pada 1,2,3 dan 4 September 2017 di MINA ?
hari 2,3 dan 4 merupakan hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah)
1.Hari ke dua : 2 Sept bersamaan 11 Zulhijjah : Melontar 7 biji batu di Jumroh (Kubro, Wusto, Shugro) - kami lakukan pada waktu dhuha selepas (solat subuh di Khemah Mina, mengikut arahan Tabung haji) kami bergerak jam 7.30 pagi
2. Hari Ketiga : 3 Sept bersamaan 12 Zulhijjah : Melontar 7 biji batu lagi di Jumroh (Kubro, wusto, Sughro) - kami lakukan pada waktu dhuha jam 7.30 pagi.
3. Hari ke Empat : 4 sept bersamaan 13 Zulhijjah : Melontar 7 biji batu lagi (terakhir) di Jumroh (Kubro, Wustho, Sughro) - kami lakukan selepas / usai solat subuh di tepian banjaran melontar.
Jarak dari khemah Mina ke Jamarat (tempat melontar 3.5 KM : pergi balik 7 KM, ada walkalater, askar akan siram air sejuk di sepanjang jalan. melalui 3 terowong utama.
Jumlah Batu di lontar :
hari 1 : 7 Biji ( Jumroh kubro sahaja)
hari 2 : 21 Biji (Jumroh Kubro, Wusto, Shugro)
hari 3 : 21 Biji ( Jumroh Kubro, Wusto, Shugro)
hari 4 : 21 Biji (Jumroh Kubro, Wusto, Shugro)
Jumlah Keseluruhan : 70 biji. * Saya sahaja belum campur batu Isteri saya
Jumroh Kubro juga dipanggil Aqobah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



















Tiada ulasan:
Catat Ulasan