Khamis, 3 Mei 2018

TRAVELOG HAJI 2017 - 6 HINGGA 10 SEPT - AKTIVITI BEBAS & PERSEDIAAN KELUAR DARI TANAH HARAM MEKAH (15 ZULHIJJAH )


6 hingga 10 September (5 Hari)

Alhamdulillah kami telahpun bergelar haji dan hajjah, segala rukun syarat haji telah kami sempurnakan. Sementara menunggu tawaf Wida' (Selamat tinggal Baitullah) kami penuhi dengan menyambung marathon baca Al-Quran, Solat subuh di Baitullah, tawaf Sunat baitullah, solat taubat dan solat hajat untuk anak-anak kami Mohd Azamuddin, Muhamad Ariffudin, Mohd. Asyrafuddin dan Muhamad Aimanuddin. Perkarangan Baitullah makin ramai umat masih tidak reda dan surut2, masing2 mempunya tujuan yang sama iaitu memenuhi waktu untuk beribadah di depan baitullah yang dikasihi ini.

Bergambaran dengan Tengku Aziz CEO Tabung haji


Tempat Wudhuk Lelaki di tepi bawah eskalator menghala ke Kaabah



Solat Jumaat hanya dalam Hotel kerana Masjidil Haram tidak boleh Masuk, Hotel kami 600 Meter ke masjidil haram ↧



















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan