TRAVELOG HAJI 2017 - HARI-HARI BERWUKUF SUDAH HAMPIR (KEMUNCAK HAJI) 25 Ogos 2017 (Jumaat)
Bila dua dan tiga hari, menghampir hari wukuf, suasana di Mekah dibanjiri umat Muhammad s.a.w. daripada pelbagai negara, sebelum masing-masing meninggalkan Mekah menuju ke Arafah. Saya difahamkan pada hari wukuf banyak hotel akan ditutup dan hampir2 tiada perkhidmatan kerana pengusaha hotel meraikan hari wukuf dengan sama-sama ikut berwukuf termasuklah staf hotel. Gambar ini merujuk jumaat akhir sebelum seminggu waktu berwukuf. Hari wukuf jatuh pada hari 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438H. Ketika Jumat inilah menunjukkan kemuncak Masjidil haram dipenuhi jemaah haji. Saya termasuk mereka yang terpaksa solat di Hotel kerana larangan masuk ke Masjidil haram yang telah penuh walaupun saya berusaha masuk sekitar Jam 9.00 pagi.
DIANTARA KEPERLUAN YANG KU SEDIAKAN UNTUK BERWUKUF:









Tiada ulasan:
Catat Ulasan