Khamis, 3 Mei 2018

TRAVELOG HAJI 2017 - 5 SEPT - TAWAF DAN SAIE RUKUN HAJI (14 ZULHIJJAH )


5 September 2017 / 14 Zulhijjah 1438H

Pada hari ini ↝ kami suami isteri berusaha melengkapkan Rukun haji yang dituntut iaitu:

1. Tawaf Rukun
2. Saie Rukun
3. Tahalul Haji Tamttu' (kami sudahpun tahallul awwal ketika di Mina)

Istimewanya kali ini kami sudah tidak perlu memakai kain ihram, dengan memakai baju melayu warna hijau dan berseluar saya suami isteri melengkapkan Tawaf dan Saie haji tanpa halangan yang besar walaupun pada hari berkenaan Masjidil haram tetap penuh manusia bebondong2 tanpa surutnya...Allahu Akbar..Saya dan isteri tetap tawaf di ruang depan baitullah walaupun khuatir ke atas keselamatan Isteri. isteri saya pula tetap nak tawaf di ruang depan baitullah....siapa tak sayang bini kann... apapun minta lah pada Allah yang maha kuasa untuk memudahkan setiap ibadah yang kita lakukan...insyallah.


























Makan2 bersama Isteri meraikan selesai Rukun haji Tamatu'





Tiada ulasan:

Catat Ulasan